Sunday, 16 September 2012

start fresh.


Assalamualaikum. long time no blog. apa kabar semua? hope everything fine. ok bila dah lama tak berblogging tiba tiba beku kepala otak nak menulis. seriously. tak tahu nak tulis apa . memang la tak tulis kan for sure lah taip hahah. apa aku merepek ni? nampak sangat takde idea. emmmmm ok stop.

ok look at the picture well that's me. actually that's the new me. do you guys like it? slow slow start berhijab. actually dah lama rasa nak berhijab. banyak jugak bertanya kawan kawan yang dah berhijrah dari tak berhijab kepada berhijab. lama lama hati tu rasa nak mula pakai. so now i'm wearing hijab. hope last forever insyaAllah.

okay about my campus life everything is fine. sangat happy dengan UniKL. ramai kawan kawan takdelah sorang sorang. lecturer pon best best. ada jugak yang garang. takuttt wooooo. assignment pon dah tak macam diploma. sekarang ni bertambah tambah susah. tapi tu lah dia. nak taknak kene belajar lah. so that's all from me tonight. 

Wednesday, 8 August 2012

THINGS YOU NEED TO KNOW ABOUT ME

 Assalamualaikum. hye semua. malam ni nak cerita pasal diri sendiri . okay jangan tanya kenapa kenapa aku pose gambar macam itu. haha. sebab awalnya nak ala ala chinese look konon mata sepet sepet macam tu la. poyo tak? well thats me. ada orang cakap aku kelakar. ada orang cakap aku peramah and ada jugak cakap aku ni pendiam. ha macam mana tu? korunk la yang judge aku sebab aku tak boleh nak judge diri sendiri. hehe
 ini pulak ibu dan baba . since aku takde adik beradik lain so kami bertiga je lah dalam rumah . tapi tak selalu jumpa sebabnya aku kan dok hostel tambah plak ibu and baba kerja cari rezeki . hehe . tapi kalau aku balik rumah aku tak kesorangan sebab . . . . . . 
 aku ada peneman yang setia kat rumah . hehe . yang kelabu gelap tu nama Lofa and kelabu cair tu nama nya Ratu. aku sayang gila kat dua ekor kucing aku ni. bijak gila . tengok la yang si Ratu ni tak habis habis nak cari pasal dengan Lofa. tiap tiap hari gaduh. tak tahu la aku dorunk tu gaduh ke bergurau ke. hehe
 ok ini buah hati pengarang jantung. hehe. sayang sangat kat dia ni. tapi ktrunk dah jarang jumpa since aku kat bangsar and dia plak sibuk kerja . siang kerja malam pun kerja . tengah muda muda ni la kerja cari duit kan. hehe. even jarang jumpa and jauh tapi dia sentiasa dekat kat hati ni. ecehhhhh. dah keluar dah ayat bunga bunga kau yaya. haha.
 ok ni kehidupan aku untuk lagi dua tahun. ni semua member2 sejak KPTM Bangi. ktrunk reunion balik kat UniKL. hehe . sebab adanya diorang ni la aku boleh tersenyum kat hostel ni. kalau tak asyik rasa nak nangis je sebab jauh dengan ibu baba. jauh nan kucing aku and jauh dengan buah hati. 
ini roomates aku. semua baik baik and lawak lawak blaka. yang atas tu tiera. yang tengah tengah hasmida ktrunk dah kenal sejak kptm lagi. and yang bawah tu ogy. hari hari pon ngadap muka dieorang je kat bilik ni. hehe. sayang korunk.

 ini pulak kawan kawan baik aku. yang atas tu taty. dah kenal sejak sekolah teknik lagi. walaupon ktrunk jauh tapi still contact and kalau ada masa je msti akan amik peluang utuk jumpa. yang bawah tu plak Dayah. kawan sejak sem 1 masa kat kptm memang rapat. dayah pon jauh jugak. susah nak jumpa tapi still keep in touch. sayang mereka berdua.
 ini pulak social network aku. kalau korunk pandai cari username aku boleh lah add. hehe.
ok ini part nak cerita paling kelakar. aku ni ada je kereta . ada handphone yang boleh pakai GPS tapi satu benda tentang aku yang korunk paling kene tahu aku ni ada masalah nak cuba benda baru and takut sesat. pakai GPS pon aku boleh sesat. adoi kelakar la. kalau aku sorang sorang and sesat aku akan berhenti kat tepi jalan and akan nangis setengah jam lepas tu baru aku cari jalan. haha. itu part paling tak boleh bla tentang diri aku. 

Saturday, 28 July 2012

Journey.

Assalamualaikum. hari ni nak cerita pasal zaman sekolah. entah kenapa tiba tiba je aku ingat zaman sekolah aku dulu. lain orang lain kisahnya. kisah aku pulak aku ni banyak berpindah randah sebab tu lah sekolah aku pon banyak. ada setengah orang dari darjah satu sampai lah tingkatan 5 dorunk stay kat satu kawasan je. tapi aku lain daripada yang lain. hehe

Aku memulakan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kajang (SKK) aku kat sekolah ni dari darjah 1 sampai darjah 3 je. zaman ni asyik main main lagi. aku ingat lagi masa darjah 1 aku dapat no 31 daripada 31 dalam peperiksaan baba aku sangat malu dengan cikgu balik rumah baba aku menangis depan aku sebab aku dapat no tercorot. time tu rasa macam takde feel je dapat no last dalam kelas. hehe
Lepas tu darjah 4 aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur . Aku pindah sekolah ni sebab time tu baba aku ada bukak satu perniagaan kat KL yang memerlukan kami untuk berpindah. Sekolah aku ni betul betul depan rumah. pergi sekolah jalan kaki je sebab masa tu aku duduk dekat Menara Polo. Kat sekolah ni aku tak banyak sangat kenangan sebabnya aku setahun je belajar kat sini. nama nama kawan pun aku tak ingat. huhu.
Darjah 5 aku pindah balik SKK sebab perniagaan ayah aku tak menjadi so kami kembali ke tempat asal. hehe . aku tamat sekolah aku kat sini dengan keputusan UPSR yang memuaskan . 
Lepas tamat sekolah rendah aku pun beralih ke Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian Kajang. Kat sini aku paling banyak kenangan. kat sini jugak aku mula ada kawan rapat. pergi rehat sama sama. aku selalu dengan Alyaa dan Jaina. Sampai sekarang pun masih contact lagi. Kat sekolah ni aku jadi pengawas yang tak berapa nak berdedikasi. hehe. kat sini semua pelajar pandai pandai. aku terasa la persaingannya dalam pelajaran. tapi malangnya aku kat sini sampai separuh tingkatan 3 sahaja. paling sedih nak tinggalkan sekolah ni. 
Dan aku berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja . Aku mengambil PMR sebagai calon menumpang sahaja kat sekolah ni. Sekolah ni memberi aku seribu kenangan pahit. takde satu pun yang aku nak ingat tentang sekolah ni. biasalah budak baru datang dari luar bandar . aku asyik kene buli je dengan rakan sekelas . kene baling dengan sampah la. kononnya KL sangat la student student kat sekolah ni. 
Syukur alhamdulillah aku dapat keputusan PMR yang memnuaskan dan aku ditawarkan untuk ke Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. dapat je tawaran ni aku tak fikir panjang aku terus terima sebab aku dah tak sanggup nak stay kat SMK Miharja. Kat sini aku mula belajar jauh dari ibu dan baba aku. kat sini aku duduk hostel dan kat sini jugak aku dapat ramai sangat kawan. dalam dorm aku ada 18 orang. and kitaorang sangat rapat. sampai sekarang pun masih contact. paling sayang sekolah ni. dan aku tamat dengan keputusan yang sangat memuaskan walaupun jurusan binaan bangunan bukanlah jurusan yang aku idamkan.
Lepas habis SPM aku tak tunggu lama sebab aku dapat tawaran masuk Kolej Poly Tech MARA Bangi dalam jurusan yang aku sangat minat. Diploma in business management. dari kecil lagi aku menyimpan cita cita untuk menjadi pensyarah dan aku sangat meminati bidang perniagaan. banyak benda baru yang aku belajar . dapat kawan yang sangat baik dan pandai pandai semuanya. Alhamdulillah aku dapat habiskan study dalam masa 3 tahun yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat aku puas hati. Aku harap dengan pencapaian tu dapat membanggakan ibu dan baba.

Dan sekarang ni aku sedang melanjutkan pelajaran aku dalam Bachelor In Business Administration (Hons) in Management and Entrepreneurship. Aku semakin hampir mengejar cita cita aku. sekarang masih sem 1 hope dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan supaya aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku. 




p/s: aku pun tak tahu kenapa entry ni aku guna bahasa baku. bunyi macam poyo pon ada. tapi takpe nak amik feel kenangan silam. hehe. hope korunk enjoy reading entry aku yang merepek kali ni. terima kasih.

HAPPY BIRTHDAY BABA



29th July 2012
HAPPY 54TH BIRTHDAY BABA



Selamat hari jadi baba semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dan limpah kurnia dariNya. Dayah sayang baba sangat sangat. banyak dah pengorbanan yang baba dan ibu dah lakukan untuk dayah. untuk lihat dayah berjaya dalam hidup dan juga dalam pelajaran. InsyaAllah dengan izin Allah SWT dayah tidak akan sia sia kan pengorbanan ibu dan baba. Dayah akan buat sebaik mungkin dalam pelajaran dan menjadi anak yang baik. Pengorbanan ibu dan baba tak dapat dayah balas. Hanya Allah SWT saja dapat membalasnya. Doa dayah untuk ibu dan baba takkan pernah putus. Dayah sayang baba. 

UniKL Orientation Day



















Assalamualaikum. seperti yang aku pernah mention sebelum ni yang aku akan sambung belajar course BBA in Management and Entrepreneurship so aku dah pun mendaftar pada 22 July 2012 yang lepas . biasa lah budak baru masuk mesti kene orientasi . 

Apa apa pun orientasi masa bulan puasa takde lah seteruk orientasi aku yang sebelum sebelum ni . banyak dengar ceramah and taklimat je . for sure bosan . mengantuk gila dengar ceramah . dah la puasa . rasa lapar je . haha . aku pon bukan nya dengar sangat pon taklimat tu . aku pasang earphone tengok movie sorang sorang , hehe.

Tapi hari last orientasi memang syok gila. ada lah aktiviti sikit sikit. kitaorang kene buat bangunan guna kertas surat khabar. memang fun la . lepas tu kene buat persembahan. memalukan weyh. hehe . tapi dapat jugak hamper kecik. boleh la daripada takde langsung kan. lepas tu berbuka puasa ramai ramai . memang fun . orientation that i will never forget.

JANTUNG HATI




Assalamualaikum. hye semua. kenalkan gambar kat atas ni jantung hati saya Ahmad Shahrunnajmi. since masuk belajar ni dah jarang sangat jumpa si jantung hati sebab aku pun duduk hostel yang dia pun busy dengan kerja. dah tak selalu sangat hangout. kadang kadang weekend pon dia balik kampung nun jauh di Perak sana tu .

Rindu sangat nak tengok movie , nak main bowling , nak lunch nak dinner sama sama. sebab tu semua benda benda yang kitaorang akan buat kalau kitaorang hangout . movie dengan bowling tu memang tak lepas punya la and rindu jugak nak teman jantung hati main futsal . rindu semua. uwaaaaaaa :'( nak nangis  nak nangis. *mengadanya kau yaya* haha.

And jantung hati being so sweet sudi datang hostel temankan aku berbuka puasa and sudi amik aku kat hostel bawak balik rumah. i am so thankful and very blessed to have a boyfriend like you. you take care of me no matter how busy you are, no matter how tired you are. i really appreciate it. seriously i want you to know that. i love you and i always will. 

Thursday, 26 July 2012

I MISS BLOGGING



Assalamualaikum . hey guys im back in blogging . fuhh hampir tiga bulan aku busy gila dengan kerja sampai terabai blog kesayangan aku ni akhirnya aku kembali bebas berblogging . hahahah . banyak benda yang berlaku selama tiga bulan aku menyepikan diri dari dunia blogging ni . nak cerita satu satu rasanya berpuluh puluh entry yang bakal aku post .

Antaranya aku dah kembali menjadi student . yeay!!!!! i'm a degree student baybeyh. i'm one step closer to my ambition. tak sabar nak pos gambar gambar masa orientasi . korunk sume tunggu aku punya next post k. i bet all of you miss me. eceh , bajet blogger popular je aku ni macam semua tunggu aku post entry padahal takde siapa kisah pon aku post ke tak post ke . hahahah . perasannya kau yaya . adoi .

oh ya, sebelum terlupa . aku sudah kembali menyambung penulisan aku dalam novel KORBAN KASIH. dah tiga bulan novel aku terbengkalai disebabkan aku terlalu sibuk. tapi takpe, sekarang aku ada masa aku akan sambung tulis khas untuk peminat peminat setia novel . tunggu tau . hehehe. ok nanti aku post entry lagi. sekarang nak tido dah lewat . good night .

Sunday, 22 April 2012

supporting him in SONY ANNUAL FUTSAL TOURNAMENT

 Assalamualaikum.

Hari ni pagi pagi aku dah bangun siap siap sebab nak teman hubby pergi main tournament futsal kat Galaxy section 15. Pukul lapan pagi hubby dah sampai depan rumah . hehe . event ni 1st skali kena lawan dalam group . so ada tiga kali game lah . 1st game team hubby menang 2-0, 2nd game bole plak seri 0-0 sebab team yang 2nd tu agak bagus lah jugak kan , 3rd game kalah plak 2-1 . masa 3rd game tu kalah sebab last minute boleh plak gol kan , adoi nak buat macam mana takde luck . B, even you're not winning the game , but you always win my heart . eceh . ayat nak bagi hubby jangan down sebab dia dah buat the best even memang hubby yang score kan gol untuk team dia. i'll always support you b whether you're winning or losing . love you mmuahhhh .


Malam pulak pergi lepak dekat SOHO sebab hubby nak tengok bola Manchester United lawan Everton . dah la siang tadi kalah . malam boleh plak Man U seri dengan Everton 4-4 . lagi la kurang mood dia . hehe tapi takpe aku ada . alah , ayat poyo je aku ni . padahal aku buat dia hangin malam tu adalah sebab aku kata biarlah seri . sakit je hati hubby tengok bola dengan aku . apa apa pon b Glory Glory Man United  *sambil nyanyi* . heeeeeee . aku bukannya tengok sangat bola tu , aku layan hindustan kat tablet adalah la . tengok Kuch Kuch Hota Hai lagi best . weeeeeeeee.

thank you.


Friday, 20 April 2012

2012


Assalamualaikum.

Secara kebetulan waktu aku check blog aku kan , aku usha la dah bape ramai yang singgah blog aku. nombor memang lawa gila . haha . 2012. entah siapalah pengunjung blog aku yang ke 2012 tu kan . sama dengan tahun kita sekarang . apa apa pun nak ucap terima kasih dekat semua orang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni . dengan berbekalkan empat followers ni . hehe . blog ni baru je berusia tiga bulan and tak sangka boleh cecah pembaca banyak ni sebab cerita aku takde lah menarik mana pun . terima kasih banyak banyak .

thank you.

IBU ENGKAULAH RATU HATIKU


HAPPY 52TH BIRTHDAY IBU
I LOVE YOU SO MUCH
YOU MEAN THE WORLD TO ME
lots of love from your daughter

Thursday, 19 April 2012

JANTUNG HATIKU

Assalamualaikum. 

Okay hari ni aku nak cerita pasal haiwan haiwan peliharaan aku kat korunk . kepada sesiapa yang kenal aku, semua pun tahu yang aku sangat suka dan sayangkan pada binatang . tak kisah la apa jenis binatang pon semua aku sayang . kecuali binatang binatang perosak macam tikus , lipas , lalat , nyamuk and semut. haha . okay aku buat lawak . aku rasa korunk dah boleh gelak sekarang , HAHAHAHAHAHAHA. gelak kuat lagi . HAHAHAHAHAHAHAHAHA . okay aku mengarut . 

 Okay aku kenalkan yang ini Arwah Baby D. Baby ni sejenis arnab . aku rasa kalau tengok pun tahu dah ini arnab. hehe . Baby haiwan pertama peliharaan aku . aku bela dia sejak 13 March 2009 sehinggalah 28 December 2011 . aku sayang sangat dengan Baby. lama aku bela dia , tapi dia pergi tinggalkan aku sebab dia agak dah tua jugak la . Arnab ni boleh hidup maksimum 5 tahun je . So masa dye mati tu boleh kata tua jugak lah umur dia . walau apa pon , Baby sentiasa dalam ingatan . Kakak love you Baby . 
 Yang ini pulak nama dia Lofa D. sejenis kucing . mak dia parsi bapak dia kucing jalanan . haha . sebab tu la fizikalnya nampak macam kucing biasa tapi perangai pemalas ikot mak dia . Lofa ni punya la pemalas nak mampus . hehe . keje dia makan tido je . makan pon memilih , nak yang sedap sedap aje . walaupun Lofa ni mengada . tapi aku sayang dia . ohh ye , walaupun nama dia Lofa , tapi dia jantan ye. emmm , jangan tanya kenapa aku bagi nama dia Lofa . huhu.
Haaa, yang kecik ni nama dia Ratu D. yang ni baru la betina . sesuai la dengan nama dia . si Ratu ni berbeza pulak dengan si Lofa tu , dia ni ya ampun , lincah gila . sampai aku dah tak larat nak layan . terkinja kinja sana sini . memang tak boleh nak duduk diam. dah dua bulan aku bela dia , ni lah gambar yang paling cantik yang aku boleh amik , kalau tidak tu , tak berkesempatan langsung . Ratu ni memang aktif . suka main dengan dia . Kalau Lofa takde respon langsung . hehe . Aku sayang semua haiwan yang aku bela . 


thank you.

I GRAD !!!



Assalamualaikum.

Nak jerit sekuat kuat hati yang " AKU DAH HABIS BELAJAR" . YEAYYYY!!!!!! Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT segala usaha dan pengorbanan aku selama tiga tahun ni membuahkan hasil yang sangat tak ternilai dalam hidup aku . aku menghabiskan masa tiga tahun kat Kolej Poly-Tech MARA Bangi tu hanya untuk mendapatkan Diploma dan akhirnya tercapai jugak .

Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada baba dan ibu . sokongan mereka yang tak ternilai tak dapat aku balas dengan apa pun , hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya . aku hargai segala pengorbanan baba dan ibu aku . sepanjang aku belajar mereka tidak henti mencari rezeki untung menampung pelajaran aku . aku hargai sangat sangat . 

Tapi perjalanan hidup aku tak terhenti setakat Diploma sahaja. InsyaAllah dengan izinNya aku akan sambung belajar ke peringkat Degree bulan July ni kat Universiti Kuala Lumpur pulak . aku masih akan meneruskan dengan jurusan yang sama . aku akan menyambung pelajaran dalam jurusan Business Administration (Hons) in Management and Entrepreneurship . aku takkan berhenti belajar selagi aku tak dapat kecapi cita cita aku sejak dari kecik lagi . aku nak sangat jadi lecturer . suatu hari nanti , lambat ke cepat ke , aku nak capai cita cita aku tu . 

thank   you.

Sunday, 15 April 2012

SINOPSIS KORBAN KASIH

   Suraya , seorang gadis yang masih berada di semester dua di sebuah kolej swasta menemukan jalan buntu dalam hubungannya bersama Syafiq dan akhirnya putus di tengah jalan gara gara Syafiq yang tidak sudah dengan sikap yang suka berfoya foya dan kecurangannya akhirnya diketahui Suraya.

   Amran , rakan baik dan juga rakan serumah Syafiq satu satunya yang Suraya percaya pada ketika Suraya dalam kesedihan dan kekecewaan. Hanya Amran tempat Suraya berkongsi kesedihan . Pada waktu Suraya menitiskan air mata cuma Amran yang dapat menggantikannya dengan senyuman. Dari berkawan perasaan Suraya terhadap Amran bertukar menjadi cinta .

   Akan tetapi Amran sudah pun mempunyai bidadari di hatinya bernama Fathia . Walaupun sudah berpunya Amran lebih banyak menghabiskan masanya bersama Suraya berbanding kekasihnya sendiri. Walaupun bahagia dengan kehidupannya bersama Amran tetapi suraya tetap musykil akan sikap Amran yang buat endah tak endah dengan kekasihnya Fathia. 

   Apakah sebenarnya yang terjadi disebalik hubangan antara Amran dan Fathia? Bahagiakah mereka? Adakah akhirnya Amran menjadi milik Suraya ?. Sanggupkah Suraya korbankan kasihnya untuk melihat Amran dan Fathia bahagia ? Namun begitu , cinta sejati hanya datang sekali dan tidak akan ada galang gantinya . 

SENTIASA DALAM INGATAN


Assalamualaikum.

kepada sesiapa yang tak kenal arnab putih tu meh sini aku nak kenalkan . hihi . semua orang pun mesti la tahu tu arnab kan. tapi dia lah satu satu nya arnab kat dunia ni yang paling istimewa sekali dalam hidup aku . nama dia Baby D . hehe . adik aku . korunk semua mesti macam pelik kan? haha . sebab aku bahasakan diri aku kakak setiap kali aku dengan dia . so automatic dia adik aku lah kan ? kan ? haha.

empat tahun aku jaga dia . aku sayang sangat dengan dia . tapi december lepas dia pergi tinggalkan aku untuk selama lamanya . sedih sangat waktu dye nazak tu . sampai pukul enam pagi aku duduk luar rumah jaga dia yang terlantar kat dalam sangkar dia . sambil jaga dia aku menangis tak henti henti . 

bila dah lewat sangat aku pun naik la bilik untuk tido . pukul sepuluh pagi aku bangun aku terus keluar untuk tengok keadaan dia dalam sangkar. aku sampai je dia dah keras . Ya Allah masa tu Tuhan je yang tahu macam mana sedihnya aku bila tengok haiwan pertama yang aku pelihara sejak empat tahun lalu dah pergi . aku pun kebumikan dia kat tanah lapang tepi rumah aku tu. sampai sekarang setiap kali aku keluar pergi mana mana , aku akan tengok kubur Baby walaupun sekejap . Baby sentiasa ada dalam ingatan aku . Aku rindu Baby sangat sangat . 

thank you .