Assalamualaikum sebagai pembuka kata. dah berapa lama agaknya blog ni sunyi bersawang sawang. lama sangat dah rasanya. maybe setahun or setahun lebih jugak la tak update. Sampaikan almost satu jam dok ingat email and password. akhirnya berjaya jugak log in. Syukur Alhamdullilah aku masih bernafas sehingga ke hari ini. nak berkongsi cerita pada sesiapa yang sudi nak baca blog tak seberapa ni.
Okay, kat mana nak start eh? lebih kurang empat belas bulan lepas aku ada update tentang seseorang lelaki yang mengisi hati aku. waktu tu aku happy sangat sangat sbb finally ada org yang sayang aku, jaga aku. aku tak rasa sunyi, setiap kegembiraan aku kongsi, setiap kesedihan aku kongsi, masalah selesaikan bersama. aku ingat hati aku akan dipenuhi dengan semua ni selama lamanya. dan hari ni aku nak bagi tahu yang aku salah.
Selasa minggu lepas, aku dan dia telah pun buat keputusan untuk mengikut haluan masing masing. Aku tak tahu and masih keliru apa salah aku sehinggakan dia mintak untuk aku jaga diri sendiri. aku tak tahu apa yang kurang, apa yang tak kena. tiba tiba selepas dua minggu tak jumpa semuanya jadi hambar. dia kata dia sibuk dengan kerja and tak boleh bagi komitmen pada relationship ni. and kemudian aku bertanya pada diri aku sendiri. banyak ke aku minta? aku menyusahkan dia ke? aku hanya perlukan seseorang utk sentasa ada bersama aku walaupun cuma message and call pun dah cukup. aku tak mintak utk dia jumpa aku hari hari. atau bebankan diri dia utk aku. aku faham kerja dia banyak and tak tentu masa, tapi aku tak memaksa. seolah olah perpisahan ni seperti aku tidak memahami situasi kerjanya.
selama empat belas bulan, semuanya berjalan dengan lancar. aku betul betul keliru. apa salah aku? seminggu dah berlalu dan aku masih keliru. ego terlalu kuat untuk bertanya setelah seminggu dah tak berhubung. aku tak pernah salahkan dia. ternyata selama empat belas bulan perkenalan kami aku tidak pernah menyesal menegenali dia. sesungguhnya dia adalah lelaki yang paling baik pernah aku kenal.
"you, i mintak maaf sebab i tak pandai nak jaga you". "kesempatan ni i nak say thank you so much for this fourteen months. i really do appreciate every single thing that u did for me, take care of me. i really do apprecate it". " terlebih terkurang i mintak maaf. mintak halal makan minum, masa yg u dah habiskan selama kita berkawan". " i will never forget about you, never ever. you are the nicest person that ever known. forgive me. i miss you so much".
thank you, Assalamualaikum
yaya, be cool. bcause there s guy who s keep watching u, taking care of u from the very far. ;)
ReplyDeletethank you for the advice.
ReplyDeleteHI yaya.. best blog yaya.. heheheh.. akk tgok simple n xmemeningkan.. :)
ReplyDeletethanks kakak. thanks sbb sudi baca.
ReplyDelete