Suraya , seorang gadis yang masih berada di semester dua di sebuah kolej swasta menemukan jalan buntu dalam hubungannya bersama Syafiq dan akhirnya putus di tengah jalan gara gara Syafiq yang tidak sudah dengan sikap yang suka berfoya foya dan kecurangannya akhirnya diketahui Suraya.
Amran , rakan baik dan juga rakan serumah Syafiq satu satunya yang Suraya percaya pada ketika Suraya dalam kesedihan dan kekecewaan. Hanya Amran tempat Suraya berkongsi kesedihan . Pada waktu Suraya menitiskan air mata cuma Amran yang dapat menggantikannya dengan senyuman. Dari berkawan perasaan Suraya terhadap Amran bertukar menjadi cinta .
Akan tetapi Amran sudah pun mempunyai bidadari di hatinya bernama Fathia . Walaupun sudah berpunya Amran lebih banyak menghabiskan masanya bersama Suraya berbanding kekasihnya sendiri. Walaupun bahagia dengan kehidupannya bersama Amran tetapi suraya tetap musykil akan sikap Amran yang buat endah tak endah dengan kekasihnya Fathia.
Apakah sebenarnya yang terjadi disebalik hubangan antara Amran dan Fathia? Bahagiakah mereka? Adakah akhirnya Amran menjadi milik Suraya ?. Sanggupkah Suraya korbankan kasihnya untuk melihat Amran dan Fathia bahagia ? Namun begitu , cinta sejati hanya datang sekali dan tidak akan ada galang gantinya .
No comments:
Post a Comment