Sunday, 22 April 2012

supporting him in SONY ANNUAL FUTSAL TOURNAMENT

 Assalamualaikum.

Hari ni pagi pagi aku dah bangun siap siap sebab nak teman hubby pergi main tournament futsal kat Galaxy section 15. Pukul lapan pagi hubby dah sampai depan rumah . hehe . event ni 1st skali kena lawan dalam group . so ada tiga kali game lah . 1st game team hubby menang 2-0, 2nd game bole plak seri 0-0 sebab team yang 2nd tu agak bagus lah jugak kan , 3rd game kalah plak 2-1 . masa 3rd game tu kalah sebab last minute boleh plak gol kan , adoi nak buat macam mana takde luck . B, even you're not winning the game , but you always win my heart . eceh . ayat nak bagi hubby jangan down sebab dia dah buat the best even memang hubby yang score kan gol untuk team dia. i'll always support you b whether you're winning or losing . love you mmuahhhh .


Malam pulak pergi lepak dekat SOHO sebab hubby nak tengok bola Manchester United lawan Everton . dah la siang tadi kalah . malam boleh plak Man U seri dengan Everton 4-4 . lagi la kurang mood dia . hehe tapi takpe aku ada . alah , ayat poyo je aku ni . padahal aku buat dia hangin malam tu adalah sebab aku kata biarlah seri . sakit je hati hubby tengok bola dengan aku . apa apa pon b Glory Glory Man United  *sambil nyanyi* . heeeeeee . aku bukannya tengok sangat bola tu , aku layan hindustan kat tablet adalah la . tengok Kuch Kuch Hota Hai lagi best . weeeeeeeee.

thank you.


Friday, 20 April 2012

2012


Assalamualaikum.

Secara kebetulan waktu aku check blog aku kan , aku usha la dah bape ramai yang singgah blog aku. nombor memang lawa gila . haha . 2012. entah siapalah pengunjung blog aku yang ke 2012 tu kan . sama dengan tahun kita sekarang . apa apa pun nak ucap terima kasih dekat semua orang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni . dengan berbekalkan empat followers ni . hehe . blog ni baru je berusia tiga bulan and tak sangka boleh cecah pembaca banyak ni sebab cerita aku takde lah menarik mana pun . terima kasih banyak banyak .

thank you.

IBU ENGKAULAH RATU HATIKU


HAPPY 52TH BIRTHDAY IBU
I LOVE YOU SO MUCH
YOU MEAN THE WORLD TO ME
lots of love from your daughter

Thursday, 19 April 2012

JANTUNG HATIKU

Assalamualaikum. 

Okay hari ni aku nak cerita pasal haiwan haiwan peliharaan aku kat korunk . kepada sesiapa yang kenal aku, semua pun tahu yang aku sangat suka dan sayangkan pada binatang . tak kisah la apa jenis binatang pon semua aku sayang . kecuali binatang binatang perosak macam tikus , lipas , lalat , nyamuk and semut. haha . okay aku buat lawak . aku rasa korunk dah boleh gelak sekarang , HAHAHAHAHAHAHA. gelak kuat lagi . HAHAHAHAHAHAHAHAHA . okay aku mengarut . 

 Okay aku kenalkan yang ini Arwah Baby D. Baby ni sejenis arnab . aku rasa kalau tengok pun tahu dah ini arnab. hehe . Baby haiwan pertama peliharaan aku . aku bela dia sejak 13 March 2009 sehinggalah 28 December 2011 . aku sayang sangat dengan Baby. lama aku bela dia , tapi dia pergi tinggalkan aku sebab dia agak dah tua jugak la . Arnab ni boleh hidup maksimum 5 tahun je . So masa dye mati tu boleh kata tua jugak lah umur dia . walau apa pon , Baby sentiasa dalam ingatan . Kakak love you Baby . 
 Yang ini pulak nama dia Lofa D. sejenis kucing . mak dia parsi bapak dia kucing jalanan . haha . sebab tu la fizikalnya nampak macam kucing biasa tapi perangai pemalas ikot mak dia . Lofa ni punya la pemalas nak mampus . hehe . keje dia makan tido je . makan pon memilih , nak yang sedap sedap aje . walaupun Lofa ni mengada . tapi aku sayang dia . ohh ye , walaupun nama dia Lofa , tapi dia jantan ye. emmm , jangan tanya kenapa aku bagi nama dia Lofa . huhu.
Haaa, yang kecik ni nama dia Ratu D. yang ni baru la betina . sesuai la dengan nama dia . si Ratu ni berbeza pulak dengan si Lofa tu , dia ni ya ampun , lincah gila . sampai aku dah tak larat nak layan . terkinja kinja sana sini . memang tak boleh nak duduk diam. dah dua bulan aku bela dia , ni lah gambar yang paling cantik yang aku boleh amik , kalau tidak tu , tak berkesempatan langsung . Ratu ni memang aktif . suka main dengan dia . Kalau Lofa takde respon langsung . hehe . Aku sayang semua haiwan yang aku bela . 


thank you.

I GRAD !!!



Assalamualaikum.

Nak jerit sekuat kuat hati yang " AKU DAH HABIS BELAJAR" . YEAYYYY!!!!!! Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT segala usaha dan pengorbanan aku selama tiga tahun ni membuahkan hasil yang sangat tak ternilai dalam hidup aku . aku menghabiskan masa tiga tahun kat Kolej Poly-Tech MARA Bangi tu hanya untuk mendapatkan Diploma dan akhirnya tercapai jugak .

Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada baba dan ibu . sokongan mereka yang tak ternilai tak dapat aku balas dengan apa pun , hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya . aku hargai segala pengorbanan baba dan ibu aku . sepanjang aku belajar mereka tidak henti mencari rezeki untung menampung pelajaran aku . aku hargai sangat sangat . 

Tapi perjalanan hidup aku tak terhenti setakat Diploma sahaja. InsyaAllah dengan izinNya aku akan sambung belajar ke peringkat Degree bulan July ni kat Universiti Kuala Lumpur pulak . aku masih akan meneruskan dengan jurusan yang sama . aku akan menyambung pelajaran dalam jurusan Business Administration (Hons) in Management and Entrepreneurship . aku takkan berhenti belajar selagi aku tak dapat kecapi cita cita aku sejak dari kecik lagi . aku nak sangat jadi lecturer . suatu hari nanti , lambat ke cepat ke , aku nak capai cita cita aku tu . 

thank   you.

Sunday, 15 April 2012

SINOPSIS KORBAN KASIH

   Suraya , seorang gadis yang masih berada di semester dua di sebuah kolej swasta menemukan jalan buntu dalam hubungannya bersama Syafiq dan akhirnya putus di tengah jalan gara gara Syafiq yang tidak sudah dengan sikap yang suka berfoya foya dan kecurangannya akhirnya diketahui Suraya.

   Amran , rakan baik dan juga rakan serumah Syafiq satu satunya yang Suraya percaya pada ketika Suraya dalam kesedihan dan kekecewaan. Hanya Amran tempat Suraya berkongsi kesedihan . Pada waktu Suraya menitiskan air mata cuma Amran yang dapat menggantikannya dengan senyuman. Dari berkawan perasaan Suraya terhadap Amran bertukar menjadi cinta .

   Akan tetapi Amran sudah pun mempunyai bidadari di hatinya bernama Fathia . Walaupun sudah berpunya Amran lebih banyak menghabiskan masanya bersama Suraya berbanding kekasihnya sendiri. Walaupun bahagia dengan kehidupannya bersama Amran tetapi suraya tetap musykil akan sikap Amran yang buat endah tak endah dengan kekasihnya Fathia. 

   Apakah sebenarnya yang terjadi disebalik hubangan antara Amran dan Fathia? Bahagiakah mereka? Adakah akhirnya Amran menjadi milik Suraya ?. Sanggupkah Suraya korbankan kasihnya untuk melihat Amran dan Fathia bahagia ? Namun begitu , cinta sejati hanya datang sekali dan tidak akan ada galang gantinya . 

SENTIASA DALAM INGATAN


Assalamualaikum.

kepada sesiapa yang tak kenal arnab putih tu meh sini aku nak kenalkan . hihi . semua orang pun mesti la tahu tu arnab kan. tapi dia lah satu satu nya arnab kat dunia ni yang paling istimewa sekali dalam hidup aku . nama dia Baby D . hehe . adik aku . korunk semua mesti macam pelik kan? haha . sebab aku bahasakan diri aku kakak setiap kali aku dengan dia . so automatic dia adik aku lah kan ? kan ? haha.

empat tahun aku jaga dia . aku sayang sangat dengan dia . tapi december lepas dia pergi tinggalkan aku untuk selama lamanya . sedih sangat waktu dye nazak tu . sampai pukul enam pagi aku duduk luar rumah jaga dia yang terlantar kat dalam sangkar dia . sambil jaga dia aku menangis tak henti henti . 

bila dah lewat sangat aku pun naik la bilik untuk tido . pukul sepuluh pagi aku bangun aku terus keluar untuk tengok keadaan dia dalam sangkar. aku sampai je dia dah keras . Ya Allah masa tu Tuhan je yang tahu macam mana sedihnya aku bila tengok haiwan pertama yang aku pelihara sejak empat tahun lalu dah pergi . aku pun kebumikan dia kat tanah lapang tepi rumah aku tu. sampai sekarang setiap kali aku keluar pergi mana mana , aku akan tengok kubur Baby walaupun sekejap . Baby sentiasa ada dalam ingatan aku . Aku rindu Baby sangat sangat . 

thank you .

MASIH DALAM PEMBIKINAN


Assalamualaikum.

sesiapa yang pernah baca selingan selingan KORBAN KASIH ni aku nak bagi tahu yang penulisan aku masih lagi dalam pembikinan . sepanjang aku praktikal aku terpaksa mansuhkan penulisan aku sebab aku terlalu sibuk and takde masa nak mengarang . so sekarang ni aku dah free sikit boleh lah nak sambung menulis balik . huhu. aku nak bagi tahu tu je la , nantikan KORBAN KASIH okay .

thank you.

Bachelor of Business Administration (HONS) in Management and Entrepreneurship

sorry kalau gambar kurang jelas. aku print screen je ni. huhu


Assalamualaikum.

hari jumaat lepas aku dapat satu berita yang boleh kata agak gembira jugak la even aku dalam keadaan sedih sebab last day practikal kan . aku check status permohonan aku untuk degree kat Unikl tu aku di offer tu jurusan BBA in Management and Entrepreneurship . 

memang aku harap sangat sebab tu la jurusan yang aku nak sangat sangat lepas aku tamat Diploma . akhirnya aku dapat jugak . So UniKL mintak aku reply offer ni sebelum 27 April . bila aku bincang dengan baba and ibu , dorunk bagi aku sambung belajar kat sini . So, aku macam happy gila lah .

Hubby pun say congratulation kat aku sebab dapat sambung belajar , dia memang nak sangat aku futher study , kalau dia tak suruh pun , aku memang nak . sebab aku mesti la nak sama level dengan dia kan , jeles la aku sebab dia degree takkan aku nak maintain diploma je . hehe . 

tapi 1st semester wajib duduk hostel. so aku akan jarang jumpa hubby and jarang akan balik rumah parents aku, dah la 1st sem tak dibenarkan bawak kenderaan , gila ke apa . boleh mati kutu aku kat hostel takde kete , nanti nak pergi mana mana pun susah . tapi apa ada hal , kat tengah tengah KL tu senang je nak cari apa pun . hehe

thank you.

FINAL REPORT IS DONE

Assalamualaikum.

baru je jumaat hari tu habis final . esoknya tu sabtu daripada pukul lapan pagi sampai la lapan malam aku mengadap laptop siapkan final report and slide show untuk final presentation . sampai biru mata aku 12 jam duduk depan lappy . 

memang semangat gila la kan sampai 90 muka surat aku buat padahal lecturer mintak minumum 50 muka surat . kira okay la tu . and slide show aku plak ada 67 slide . mengantuk aku rasa lecturer aku nanti kalau aku buat presentation . hehe

so aku plan nak present khamis minggu depan . biar siap cepat jangan nanti dah last last minute baru la nak terhegeh hegeh siapkan . kan? betul tak apa aku cakap ni ? huhu . member member yang lain pun aku harap dah ready for presentation . :) good luck kat semua .

thank you .

i'm gonna miss SONY so much.

Assalamualaikum. 

hari jumaat lepas adalah hari terakhir aku practikal kat sony. pagi pagi bangun rasa macam happy la sebab hari tu last day practikal bermakna aku pun dah semakin hampir habis kan diploma aku ni. berkobar kobar nak pegi keje sampaikan tak sabar nak tunggu petang. huhu.


Tapi pagi tu bila dah clock in, masuk office after senaman pagi , setiap hari jumaat memang akan ada meeting dengan HR department. bila boss boss dah brief pepagi tu , titibe en Budin mintak aku buat ucapan sebab hari tu aku last day. so aku pegi la depan and bagi ucapan. bila tengok semua depan mata aku, titibe aku menangis. titibe rasa macam sedih plak nak tinggalkan sony sebab dorunk sangat lah baik dengan aku. aku memang seronok sangat keje kat sony . lagi lagi jadi trainee department GA. rindu semuanya.
ha, itulah meja aku. wahh kusyuk gila aku buat kerja. haha . padahal memang aku sengaja soh faizal amik gambar aku konon konon nya tekun gila la . padahal tu posing palsu semata mata.
ha , ni lah Faizal. superior aku . tapi aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. kat sony tu aku paling rapat dengan dia la . pegi mana mana pun mesti aku dengan dia. kalau tak nampak dia kat opis mesti aku akan call tanya kat mana. kalau aku plak takde kat opis mesti dia akan tanya aku kat mana. so kitaorang memang rapat gila. paling sedih nak tinggalkan kat opis tu abang faizal aku ni lah . tak lupa jugak pada kak ina, kak shanti, kak yana , en imran , en razali dan jugak en budin. department ISO QESH jugak aku akan rindu, en yusof , en yusmadi and tak lupa pada en irawan yang duduk sebelah meja aku yang tak habis habis dok menyakat aku. hari hari plak tu . huhu. and thank kat diaorang semua sebab buat jamuan perpisahan untuk aku . aku hargai sangat sangat.
haaaaaaa, lepas ni takde la gambar aku berlatar belakangkan kasut kasut sony and uniform uniform sony. hehe . setiap kali kalau aku jaga kaunter kasut and uniform sony mesti aku akan bergambar sorang sorang sebab bosan punya pasal. lagi lagi kat North Plant. walaupun aku asik la merungut bosan gila jaga kasut ni tapi aku akan rindu semua tu. huhu
 
ni la dia wajah wajah terakhir aku kat sony , nampak tu dah tak beruniform. aku dah pulang balik semua harta hak milik sony time aku amik gambar ni. hari pertama masuk sony berbaju kurung. hari terakhir pun berbaju kurung jugak lah. hehe.
okay. ini aku dengan kak yana. *gambar ni amik pakai blackberry bold 2 kak yana* (pon nak bagi tahu ke?) haha. kak yana ni kira baru la dalam department GA sebab sebelum ni dia department Video Production 2 Hand Mount. so dia PIC kantin. lepas dia masuk aku genba kantin dengan dia la. even baru sebulan kenal tapi dah rapat . for sure aku akan rindu kak yana. sebab ktrunk selalu sama sama. i miss you kakak .
okay, lastly . yang paling aku akan rindu sangat sangat, teramat sangat sangat adalah si dia kat atas ni la. haih. lepas ni takde la nak pergi kerja sama sama lagi . takde la nak breakfast sama sama lagi . lunch sama sama lagi . minum petang sama sama lagi . for sure aku akan rindu semua tu weyh . papepon nak say thanks dekat sony jugak atas izin Allah SWT kat sony la aku berjumpa life partner aku yang sorang ni . heeee. ada hikmah disebalik aku dapat practikal kat sony ni sebenarnya. i'm gonna miss him so much . B, you take care dekat office okay, even i'm not there anymore with you , but you are always gonna be in my heart . i hope so do you sayang . i love you <3. :)




Apa apa pon , aku memang enjoy this three months practical at SONY . memang experience yang aku takkan pernah lupa . aku dapat sangat banyak pengalaman , banyak benda aku belajar . and kat sini jugak aku dapat sangat banyak kawan . semua nya baik baik and high level of thinking . thank you kat semua yang  aku kenal kat sana . 


thank you .

Friday, 6 April 2012

quick update

assalamualaikum

okay. kali ni update takde gambar, saja nak testing update pakai sony tablet. kekok lagi pakai touch screen ni . but so far okay la. hehe. nanti yaya update panjang punya entry okay . really miss my readers already even though I dont know who my readers is. hehe


thank you.