Saturday, 28 July 2012

Journey.

Assalamualaikum. hari ni nak cerita pasal zaman sekolah. entah kenapa tiba tiba je aku ingat zaman sekolah aku dulu. lain orang lain kisahnya. kisah aku pulak aku ni banyak berpindah randah sebab tu lah sekolah aku pon banyak. ada setengah orang dari darjah satu sampai lah tingkatan 5 dorunk stay kat satu kawasan je. tapi aku lain daripada yang lain. hehe

Aku memulakan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kajang (SKK) aku kat sekolah ni dari darjah 1 sampai darjah 3 je. zaman ni asyik main main lagi. aku ingat lagi masa darjah 1 aku dapat no 31 daripada 31 dalam peperiksaan baba aku sangat malu dengan cikgu balik rumah baba aku menangis depan aku sebab aku dapat no tercorot. time tu rasa macam takde feel je dapat no last dalam kelas. hehe
Lepas tu darjah 4 aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur . Aku pindah sekolah ni sebab time tu baba aku ada bukak satu perniagaan kat KL yang memerlukan kami untuk berpindah. Sekolah aku ni betul betul depan rumah. pergi sekolah jalan kaki je sebab masa tu aku duduk dekat Menara Polo. Kat sekolah ni aku tak banyak sangat kenangan sebabnya aku setahun je belajar kat sini. nama nama kawan pun aku tak ingat. huhu.
Darjah 5 aku pindah balik SKK sebab perniagaan ayah aku tak menjadi so kami kembali ke tempat asal. hehe . aku tamat sekolah aku kat sini dengan keputusan UPSR yang memuaskan . 
Lepas tamat sekolah rendah aku pun beralih ke Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian Kajang. Kat sini aku paling banyak kenangan. kat sini jugak aku mula ada kawan rapat. pergi rehat sama sama. aku selalu dengan Alyaa dan Jaina. Sampai sekarang pun masih contact lagi. Kat sekolah ni aku jadi pengawas yang tak berapa nak berdedikasi. hehe. kat sini semua pelajar pandai pandai. aku terasa la persaingannya dalam pelajaran. tapi malangnya aku kat sini sampai separuh tingkatan 3 sahaja. paling sedih nak tinggalkan sekolah ni. 
Dan aku berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja . Aku mengambil PMR sebagai calon menumpang sahaja kat sekolah ni. Sekolah ni memberi aku seribu kenangan pahit. takde satu pun yang aku nak ingat tentang sekolah ni. biasalah budak baru datang dari luar bandar . aku asyik kene buli je dengan rakan sekelas . kene baling dengan sampah la. kononnya KL sangat la student student kat sekolah ni. 
Syukur alhamdulillah aku dapat keputusan PMR yang memnuaskan dan aku ditawarkan untuk ke Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. dapat je tawaran ni aku tak fikir panjang aku terus terima sebab aku dah tak sanggup nak stay kat SMK Miharja. Kat sini aku mula belajar jauh dari ibu dan baba aku. kat sini aku duduk hostel dan kat sini jugak aku dapat ramai sangat kawan. dalam dorm aku ada 18 orang. and kitaorang sangat rapat. sampai sekarang pun masih contact. paling sayang sekolah ni. dan aku tamat dengan keputusan yang sangat memuaskan walaupun jurusan binaan bangunan bukanlah jurusan yang aku idamkan.
Lepas habis SPM aku tak tunggu lama sebab aku dapat tawaran masuk Kolej Poly Tech MARA Bangi dalam jurusan yang aku sangat minat. Diploma in business management. dari kecil lagi aku menyimpan cita cita untuk menjadi pensyarah dan aku sangat meminati bidang perniagaan. banyak benda baru yang aku belajar . dapat kawan yang sangat baik dan pandai pandai semuanya. Alhamdulillah aku dapat habiskan study dalam masa 3 tahun yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat aku puas hati. Aku harap dengan pencapaian tu dapat membanggakan ibu dan baba.

Dan sekarang ni aku sedang melanjutkan pelajaran aku dalam Bachelor In Business Administration (Hons) in Management and Entrepreneurship. Aku semakin hampir mengejar cita cita aku. sekarang masih sem 1 hope dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan supaya aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku. 




p/s: aku pun tak tahu kenapa entry ni aku guna bahasa baku. bunyi macam poyo pon ada. tapi takpe nak amik feel kenangan silam. hehe. hope korunk enjoy reading entry aku yang merepek kali ni. terima kasih.

HAPPY BIRTHDAY BABA



29th July 2012
HAPPY 54TH BIRTHDAY BABA



Selamat hari jadi baba semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dan limpah kurnia dariNya. Dayah sayang baba sangat sangat. banyak dah pengorbanan yang baba dan ibu dah lakukan untuk dayah. untuk lihat dayah berjaya dalam hidup dan juga dalam pelajaran. InsyaAllah dengan izin Allah SWT dayah tidak akan sia sia kan pengorbanan ibu dan baba. Dayah akan buat sebaik mungkin dalam pelajaran dan menjadi anak yang baik. Pengorbanan ibu dan baba tak dapat dayah balas. Hanya Allah SWT saja dapat membalasnya. Doa dayah untuk ibu dan baba takkan pernah putus. Dayah sayang baba. 

UniKL Orientation Day



















Assalamualaikum. seperti yang aku pernah mention sebelum ni yang aku akan sambung belajar course BBA in Management and Entrepreneurship so aku dah pun mendaftar pada 22 July 2012 yang lepas . biasa lah budak baru masuk mesti kene orientasi . 

Apa apa pun orientasi masa bulan puasa takde lah seteruk orientasi aku yang sebelum sebelum ni . banyak dengar ceramah and taklimat je . for sure bosan . mengantuk gila dengar ceramah . dah la puasa . rasa lapar je . haha . aku pon bukan nya dengar sangat pon taklimat tu . aku pasang earphone tengok movie sorang sorang , hehe.

Tapi hari last orientasi memang syok gila. ada lah aktiviti sikit sikit. kitaorang kene buat bangunan guna kertas surat khabar. memang fun la . lepas tu kene buat persembahan. memalukan weyh. hehe . tapi dapat jugak hamper kecik. boleh la daripada takde langsung kan. lepas tu berbuka puasa ramai ramai . memang fun . orientation that i will never forget.

JANTUNG HATI




Assalamualaikum. hye semua. kenalkan gambar kat atas ni jantung hati saya Ahmad Shahrunnajmi. since masuk belajar ni dah jarang sangat jumpa si jantung hati sebab aku pun duduk hostel yang dia pun busy dengan kerja. dah tak selalu sangat hangout. kadang kadang weekend pon dia balik kampung nun jauh di Perak sana tu .

Rindu sangat nak tengok movie , nak main bowling , nak lunch nak dinner sama sama. sebab tu semua benda benda yang kitaorang akan buat kalau kitaorang hangout . movie dengan bowling tu memang tak lepas punya la and rindu jugak nak teman jantung hati main futsal . rindu semua. uwaaaaaaa :'( nak nangis  nak nangis. *mengadanya kau yaya* haha.

And jantung hati being so sweet sudi datang hostel temankan aku berbuka puasa and sudi amik aku kat hostel bawak balik rumah. i am so thankful and very blessed to have a boyfriend like you. you take care of me no matter how busy you are, no matter how tired you are. i really appreciate it. seriously i want you to know that. i love you and i always will. 

Thursday, 26 July 2012

I MISS BLOGGING



Assalamualaikum . hey guys im back in blogging . fuhh hampir tiga bulan aku busy gila dengan kerja sampai terabai blog kesayangan aku ni akhirnya aku kembali bebas berblogging . hahahah . banyak benda yang berlaku selama tiga bulan aku menyepikan diri dari dunia blogging ni . nak cerita satu satu rasanya berpuluh puluh entry yang bakal aku post .

Antaranya aku dah kembali menjadi student . yeay!!!!! i'm a degree student baybeyh. i'm one step closer to my ambition. tak sabar nak pos gambar gambar masa orientasi . korunk sume tunggu aku punya next post k. i bet all of you miss me. eceh , bajet blogger popular je aku ni macam semua tunggu aku post entry padahal takde siapa kisah pon aku post ke tak post ke . hahahah . perasannya kau yaya . adoi .

oh ya, sebelum terlupa . aku sudah kembali menyambung penulisan aku dalam novel KORBAN KASIH. dah tiga bulan novel aku terbengkalai disebabkan aku terlalu sibuk. tapi takpe, sekarang aku ada masa aku akan sambung tulis khas untuk peminat peminat setia novel . tunggu tau . hehehe. ok nanti aku post entry lagi. sekarang nak tido dah lewat . good night .