Thursday, 29 March 2012

GIRLS DAY OUT

 i'm with taty zulaikha
 i'm with taty zulaikha's cat Cik Oleen
 it's me at Taty Zulaikha's house
 it's me with the ring
 it's me with the necklace
 i'm just loving the ring
 cheezy wedges making me crazy
 i'm unofficially engaged with the ring . haha
 it's me with eira
 delicious
 it's me with dayah
they both love green so much




Assalamualaikum.

Hari ni aku decide untuk ke Klang untuk lepak lepak dengan Taty . aku ni memang ada masalah dengan takut sesat . dah lama dah rasa macam nak pegi Klang tapi aku takut gila kalau aku sesat . tapi hari ni aku beranikan diri drive sorang sorang redah gak Klang tu sebab aku dah rindu sangat dah dengan member aku sorang ni . haha

Finally aku sampai , fuhhhh . legaaaaaaa. sampai je rumah taty dah siap hidang dah makanan . sebelum pegi mana mana kasi penuh perut dulu . sedap plak masak asam pedas si Taty masak ni . after makan tu aku decide nak pergi shah alam tuk amik aku punya cincin and rantai yang aku beli kat Avant La Mode tu . yela , dah alang alang aku kat area sana so amik sendiri sudah . jimat sikit duit postage kan . huhu . sumpah aku suka gila cincin dengan rantai ni .

bila dah sampai shah alam , aku pun call la dayah ajak lepak makan sama kat KFC . sebab dah lama jugak tak jumpa dayah . bukan senang aku nak datang shah alam kan. huhu . eira pun ada sekali . as korunk tau aku kan diet , so aku makan cheezy wedges je la . tapi macam agak terliur bila tengok eira dengan dayah makan ayam , haha.

after lepak borak borak aku dengan taty pergi Jusco Bukit Tinggi , kitaorang decide nak tengok wayang . aku tengok cerita Mirror Mirror. bole tahan jugak kelakar cerita tu , aku bagi tiga bintang la . boleh tahan tergelak gak ah aku dengan taty dalam panggung wayang tu kan . after this for sure aku datang klang lagi and boleh pergi shah alam lepak dengan dayah lagi . hehe.

thank you .


Wednesday, 28 March 2012

thanks for the dinner invitation at your house linda rapi .

 Assalamualaikum.

hari ni rezeki aku murah dari siang sampai la ke malam . huhu . makan tengah hari ibu aku belanja makan ayam penyet kat Restoran Wong Solo . first time aku makan ayam penyet boleh tahan gak ah sampai dua ketul ayam aku telan . bermakna memang betul la ayam penyet kat Wong Solo tu sedap . lepas ni boleh makan lagi , nak ajak hubby belanja , heeeeeee. 

malam pulak lagi sekali rezeki aku murah bila kak indah ajak aku datang rumah dia rasa Pavlova yang baru saja dia buat untuk testing rasa kan . bila kuar je chat box kak inda kat facebook ajak rasa Pavlova memang sepantas kilat aku jawab nak . haha . 

sebelum gerak rumah dia aku singgah la Giant kejap beli jajan untuk anak anak buah aku . bagi dorunk rasa kehadiran aku ni membawa seribu makna kat dorunk . haha . budak budak kan , nak amik hati kena la beli jajan , baru rasa sayang mereka terhadap aku bertambah . hehe .

cube korunk tengok gambar kat atas tu . yummy gila kan ? haha tu lah dia Pavlova , yang depan sikit tu fruit tart. perrggggghhhhh , rasa dia wa cakap lu memang sedap gila ah . sebenarnya kakak sepupu aku sorang ni meniaga pelbagai jenis cake , tart , pie , muffin , cup cakes dan macam macam lagi la . home made punya . memang sedap . aku dah banyak kali beli kat dia . member member aku yang pernah order pun cakap sedap . so kalau korunk rasa macam nak usha usha kan boleh la bukak facebook page dia Linda Rapi ataupun page khas untuk online bakery shop dia MySecretRecipe . tapi untuk sneak peak ada beberapa gambar kek dan macam macam lagi kat bawah ni . korunk jangan terliur plak .huhu

readers readers yang mana duduk area pandan indah or kawasan kawasan yang berhampiran boleh la order sebab rumah kakak sepupu aku ni kat Pandan Indah je pun , so korunk boleh amik sendiri and fresh lagi . harga berpatutan , tak mahal tak murah . mesti korunk puas hati dengan rasanya. nak gambar banyak lagi usha link yang aku dah bagi kat atas tu k .

 PAVLOVA
 OREO CAKE
 BLUEBERRY CAKE
 RAINBOW CAKE
 TIRAMITSU CAKE
 CHOCOLATE MOIST WITH GANACHE CAKE
 CHEECE PIE WITH FRESH STRAWBERRY
 CUP CAKES
 POP CAKES
 FRUIT TART
 KIWI/CHOCO/BLUEBERRY CHESEE TART
MACARON



p/s : kak inda , thanks tau . pavlova and fruit tart tu memang sedap gila . yummy gila ah . hehe . entry ni khas untuk kak inda sebagai tanda terima kasih . love you .


thank you .

online shopping at Avant La Mode

 House of Harlow inspired necklace rm25
carved blackstone ring rm14

Assalamualaikum.

okay i just can't wait nak barang barang ni sampai dean rumah . approx akan sampai on friday . korunk yang minat gelang ke , rantai ke cincin and eksessori lain bole la bukak page Avant La Mode kat facebook . even handbangs pon ada . macam macam pilihan cantik cantik ada . aku tengok pun rambang mata . rasa macam nak beli semua . tapi ni je yang termampu . huhu . nanti ada rezeki beli lagi . harga pun sangat berpatutan . tak mahal sangat . sesuai la student macam aku yang tak berapa nak ada duit ni beli kan . huhu . i just can't wait to wear them . happy shopping ye to all the girls out there . xoxo .


thank you.

Hubby is out of town

Assalamualaikum.

okay hari ini hari rabu and aku cuti . yahooooo. kerja SONY memang best , sebab banyak cuti . disebabkan kilang shutdown so semua staff cuti dari hari ni sampai la kehari ahad. lima hari tu cuti . memang best la kan . hari ni aku duduk rumah je . aku duduk rumah? haha macam tak caye je en. dah berbulan bulan aku tak duduk rumah titibe hari ni sepanjang hari tak keluar. memang best bila dapat rekatkan diri mcm ni . yela , sebelum ni asik keje SONY, lepas tu GYM , lepas tu part time kat ANA IKAN BAKAR . penat wooo. memang sengaja hari ni aku bangun lambat and taknak pegi GYM. aku nak menikmati cuti aku hari ni .

siiiigggggghhhhhhhhhhhh. *mengeluh panjang* . tapi bila cuti panjang macam ni pulak hubby kesayangan takde kat sini sebab dia balik kampung bertemu ayahnda dan ibunda yang tercinta sebab dah dua minggu dia tak balik . sebab tu la cuti aku kali ni agak bosan . *lihat gambat diatas* . okay bantal yang aku peluk tu , bantal love love tu kan adalah pemberian hubby waktu kitaorang declare ritu . so bila aku rindu hubby aku akan peluk bantal tu . "B, i mish you so much . balik sini cepat b " :(

nak buat apalah cuti hubby takde kan, memang aku duduk rumah je la. tapi esok sampai sabtu kena pergi gym balik . nak kena maintain exercise taknak berat naik balik even makanan fast food aku dah tak sentuh , even aku dah tak makan malam , even aku dah tak makan benda berminyak tapi aku still kena workout . *taknak hubby lari cari lain*. hehe. okay saja gurau "B, i know you love me as the way i am kan b? kan ? kan?" heeeeeeeeeeeee. I LOVE YOU AND I MISS YOU SO MUCH .

thank you.

Saturday, 24 March 2012

CAPTURE OUR MOMENT TOGETHER IS THE MOST PRECIOUS THING EVER .













Assalamualaikum .

fuhhh , siang tadi dah penat dengan sukan tahunan so malam kitaorang decide to watch movie . so movie of the day is One For The Money . okay la nak buat review sikit eh , izinkan saya . huhu . cerita ni memang best . ada unsur unsur lawak and suspen sikit which is aku dengan hubby memang gelak ah dalam panggung tadi . since hubby ada application GSC kat phone dia , agak senang ah tak perlu nak beratur untuk dapatkan tiket . just purchase through phone je . teknologi skunk memang up to date .

tapi semantara tunggu movie start kitaorang main game dulu . okay this part memang aku wajib cerita . haha . kitaorg main yang pakai bola basket ball tu kan . 1st game aku dapat 47 hubby dapat 43 . so rasa mcm tak puas hati kan , 2nd game aku dapat 108 hubby dapat 35 . haha . ternyata aku memang good at this game more than hubby . *saja nak show off sikit* . B , nanti kita repeat lagi okay ? ada bran ? haha *kasi panas sikit* . heeeeeeeeeeee .

tonight we had so much fun capture our moment together . spending our time together is the precious thing ever . i just dont know why when i'm with him i feel secure , i feel the love . he is so nice , he care about me . i know he loves me so much and so am i . B, I LOVE YOU .

thank you .


Friday, 23 March 2012

SONY EMCS KL TEC ANNUAL HARMONIOUS SPORTS DAY




Assalamualaikum .

hye korunk . sorry sebab dah seminggu tinggalkan blog tanpa kabar berita . weekdays memang selalu busy . weekend baru la ada masa nak bercerita . tapi macam tak sangka la , blog yang baru berusia sebulan ni yang baru ada dua followers ni dah mencecah 1000 pembaca . kira ok la kot daripada takde langsung kan . thanks la pada semua yang support .

okay , pagi tadi aku bangun siap siap sume untuk pergi hari sukan tahunan SONY EMCS KL TEC . Hubby pukul enam suku dah terpacak depan rumah tapi aku masih ada atas katil lagi . padahal aku yang kena bertugas pada event ni tapi dia plak yang bangun dulu semata mata nak jemput aku walaupun aku ada kereta sendiri . *saja nak manja manja nak hubby sayang jemput* . heeeeeee , B you so sweet , I LOVE YOU . you are the best thing that ever happen to me , 

aku biasa lah bersemangat datang pakai sports attire tapi aku bukannya masuk apa apa acara pun . haha . tujuan aku datang sebab nak support aku punya hubby dalam acara bolak sepak tujuh sebelah sambil sambil tu tolong geng2 HR buat preparation . tapi rezeki tak menyebelahi team hubby . tapi takpelah , asalkan semangat tu ada kan . its okay b , i will never stop supporting you .

thank you .

Saturday, 17 March 2012

Introducing Sony Tablet S



Assalamualaikum .

ha , nak cerita ni . korunk tahu tak yang SONY baru je launch Sony Tablet S kat pasaran ? kalau korunk tak tahu meh aku nak bagi tahu . huhu . product ni masih baru lagi kat Malaysia . tak tahu la apesal lambat sangat masuk Malaysia . tapi Sony Tablet ni dah ada kat muka bumi ni sejak Jun 2011 lagi . cuma baru je la kat Malaysia . sekarang ni harga dia kat pasaran yang 16GB RM1499 , yang 32GB RM1799 . boleh tahan mahal la jugak kan . untuk Sony Tablet S ni hanya ada WiFi je . yang Wifi+3G belum masuk Malaysia lagi . 

bagi sesiapa yang tak perlukan 3G boleh la beli . guna Wifi je pun dah kira okay . sebab kalau 3G nak kena bayar data plan lagi . kalau macam aku ni dah ada Unifi kat rumah dok bayar RM149 tiap tiap bulan takkan nak bazir kan RM90 untuk beli data plan lagi untuk benda yang sama . betul tak ? agak gak kalau pergi tempat tempat yang takde Wifi apa nak risau Blackberry kan ada . pun dok bayar RM20 untuk BIS . kan ?

Disebabkan aku kan practikal kat SONY , adalah dapat sedikit keistimewaan tentang Sony Tablet ni . semua staff SONY yang teringin nak pakai Sony Tablet ni dapat subsidi daripada company , kira macam diskaun la . So, bila aku cerita kat baba , dia mintak tolong aku belikan . yang 32GB daripada RM1799 dapat lah aku harga diskaun RM1199 . murah kan ? siapa yang tak nak kalau dah murah gitu . huhu. So , aku dah pun buat pembayaran , and distribution Sony Tablet kat kilang aku ni on 27th March 2012 . eeeee , tak sabarnya. walaupun ni baba yang punya . *alah, sebulan dua je baba punya, lepas tu jadi harta aku* . hahahahahahahahahahaha. *aku memang suka gelak setan*

So , kalau sesiapa yang berminat nak usha Sony Tablet ni korunk boleh la pergi Sony Center yang berdekatan dengan koruk sebab benda ni ada kat Sony Center je , ha, sebelum terlupa nak cerita kalau korunk tengok la design Sony Tablet ni seperti lipatan kertas . tujuan benda ni direka bentuk macam tu adalah mengikut bentuk tangan kita jugak . cuba korunk tengok gambar tu .actually design dia macam tu sebab nak bagi keselesaan untuk jangka masa panjang , bila korunk pegang benda tu dua tiga jam takde la rasa lenguh tangan . okay aku dah penat promote bukan dapat komisyen dari SONY pun . hehe .

thank you .


COMPARE ME


 this is me now
this is me 3 months ago


Assalamualaikum.

just nak share kat korunk entry kali ni apa perbezaan aku 3 bulan lepas dan aku sekarang . agak agak korunk perasan tak apa yang beza? kalau member member terdekat sanak saudara mungkin perasan la kan. huhu . sekarang ni aku pegi mana mana pun sapa sapa yang macam agak lama tak nampak aku bila sekali pandang mesti akan cakap " eh yaya dah kurus" , " yaya kenapa kurus sangat " . and macam macam lagi la .

ada yang suka tgk aku kurus . ada yang kata kurus nampak tak cantik sebab cengkung sangat . haishhhhh. entah la susah nak puaskan hati orang ni kan ? kesah plak aku dengan hati korunk . haha . yang penting hati aku puas . hahahahahahahahahahahahah .*gelak setan*

aku makin kurus bukan la sebab susah hati ke . tak cukup makan ke . tapi sebab memang aku nak control makan pun . sebab tu la aku pergi gym . tiga bulan lepas berat aku 68 KG tapi selepas dua bulan lebih sikit la , tak sampai tiga bulan pun lagi sekarang berat aku 60KG . aku dapat kurang kan sebanyak 8KG . dalam proses nak turunkan lagi 4KG. supaya berat aku akan seimbang dengan ketinggian aku .

selain dari pergi gym aku jugak kawal dari segi pemakanan aku . for sure semua makanan peberet aku memang aku dah tak sentuh sejak tiga bulan lepas . Mc Donald , KFC , Pizza , Ais Krim , Chocolate and yang lain lain yang boleh mendatangkan kegemukkan . sekarang ni aku makan nasi satu hari satu kali je . itupun dalam kuantiti suku . banyakkan makan ikan dan ayam sebab itu adalah protein . tapi ingat eh , bukan goreng . aku hanya makan masakan rebus , steam , panggang atau bakar sahaja . selagi aku mampu kurangkan pengambilan minyak selagi tu aku cuba . kalau dah takde pilihan sangat baru la makan .

lagi satu pengambilan karbohaidrat dan protein aku setiap hari mesti aku akan kawal. bila aku rasa aku dah makan nasi tgh hari tu , kiranya aku akan amik protein untuk makan malam la . tapi makan malam mestilah sebelum pukul 8 malam . aku takkan makan kalau jam dah lebih pukul 8. nak diet ni kene ada disiplin sikit . kadang kadang tu nafsu makan ni membuak buak . tapi sebab nak kurus punya pasal kena korban sikit lah .

thank you.