this is me now
this is me 3 months ago
Assalamualaikum.
just nak share kat korunk entry kali ni apa perbezaan aku 3 bulan lepas dan aku sekarang . agak agak korunk perasan tak apa yang beza? kalau member member terdekat sanak saudara mungkin perasan la kan. huhu . sekarang ni aku pegi mana mana pun sapa sapa yang macam agak lama tak nampak aku bila sekali pandang mesti akan cakap " eh yaya dah kurus" , " yaya kenapa kurus sangat " . and macam macam lagi la .
ada yang suka tgk aku kurus . ada yang kata kurus nampak tak cantik sebab cengkung sangat . haishhhhh. entah la susah nak puaskan hati orang ni kan ? kesah plak aku dengan hati korunk . haha . yang penting hati aku puas . hahahahahahahahahahahahah .*gelak setan*
aku makin kurus bukan la sebab susah hati ke . tak cukup makan ke . tapi sebab memang aku nak control makan pun . sebab tu la aku pergi gym . tiga bulan lepas berat aku 68 KG tapi selepas dua bulan lebih sikit la , tak sampai tiga bulan pun lagi sekarang berat aku 60KG . aku dapat kurang kan sebanyak 8KG . dalam proses nak turunkan lagi 4KG. supaya berat aku akan seimbang dengan ketinggian aku .
selain dari pergi gym aku jugak kawal dari segi pemakanan aku . for sure semua makanan peberet aku memang aku dah tak sentuh sejak tiga bulan lepas . Mc Donald , KFC , Pizza , Ais Krim , Chocolate and yang lain lain yang boleh mendatangkan kegemukkan . sekarang ni aku makan nasi satu hari satu kali je . itupun dalam kuantiti suku . banyakkan makan ikan dan ayam sebab itu adalah protein . tapi ingat eh , bukan goreng . aku hanya makan masakan rebus , steam , panggang atau bakar sahaja . selagi aku mampu kurangkan pengambilan minyak selagi tu aku cuba . kalau dah takde pilihan sangat baru la makan .
lagi satu pengambilan karbohaidrat dan protein aku setiap hari mesti aku akan kawal. bila aku rasa aku dah makan nasi tgh hari tu , kiranya aku akan amik protein untuk makan malam la . tapi makan malam mestilah sebelum pukul 8 malam . aku takkan makan kalau jam dah lebih pukul 8. nak diet ni kene ada disiplin sikit . kadang kadang tu nafsu makan ni membuak buak . tapi sebab nak kurus punya pasal kena korban sikit lah .
thank you.
No comments:
Post a Comment